
Sejak kebelakangan ini, entah mengapa aku rasa sedih. Seperti separuh nyawa aku hilang, terbang melayang. Hati aku sakit. Hampir juga manik-manik putus dan berjuraian turun di sisi pipi. Persoalan demi persoalan menyesak fikiran aku. Menyesak menyemak dan memberi satu impak yang pasti, perasaan ingin tahu yang melonjak-lonjak. Hari demi hari tidak kira sebanyak mana aku senyum, khabarkan berita dan status yang gembira ceria, menonton kartun hampir 24jam, ambil gambar sebanyak mungkin, membaca separuh gila aku masih lagi tidak tahu jawapan kepada persoalaan aku. Makin bertambah banyak. Jika dulu, selonggok tetapi aku pasti itu semua sudah berubah. Menjadi himpunan masalah sebesar Gunung Himalaya yang utuh tak mungkin runtuh ditiup angin taufan sekalipun. Semua permasalahan menjerit-menjerit meminta perhatianku.
Tidak sekalipun aku luangkan masa menjawap persoalan tersebut. Aku sudah tanyakan pada semua tetapi jawapan yang diberikan berlainan. Aku makin pening sakit kepala memikirkannya. Aku kadangkala berusaha menyembunyikan masalah aku diam diam di satu tempat agar mungkin satu hari akan kulupakan. Sebaliknya, satu demi satu menghantui aku kembali. Sekalipun aku pelajar yang cemerlang tetapi tidak mungkin aku dapat rungkaikan permasalahan yang satu ini. Apabila yang menjadi taruhannya ialah perasaan dan persahabatan.
Namun begitu, sampai bila aku harus pura-pura aku tidak tahu sedangkan sebahagian daripadanya bagaikan virus-virus kecil yang memamah hati aku bagai kanser yang semakin hari membesar. Aku perlukan rawatan dengan segera. Tetapi yang aku kesali tidak sekalipun dia menghulurkan pertolongan. Aku dibiarkan terkontang kanting sendirian. Aku semakin tenat diasak sebegini. Aku berterus terang dengan segala persoalan yang aku lengah-lengahkan untuk dijawap tadi dengan analisis yang teliti. Dan aku sampai kepada konklusinya yang aku pasti benar tatkala segala bukti datang tanpa bawah sedar.
Kini aku pasti dan aku tidak akan membohongi perasaan aku semata-mata. Aku sudah mengambil keputusan menjalankan pembedahan untuk membuang kanser yang semakin membesar itu. Aku sudah bersedia untuk memulakan sesuatu yang baru. Dan persetankan nilai persahabatan itu kerana seperti aku sahaja yang berpegang kepada nilai tersebut. Persis isteri nelayan yang setia menunggu tetapi nelayannya tak pernah pulang. Aku tolak dalam- dalam dengan segala sisa kekuatan yang ada walaupun pahit untuk aku lakukan.
Buat ketika ini, aku rasa keseorangan walaupun dikelilingi manusia. Jangan kau persoalkan mengapa kita bukan lagi sahabat! Kau ada jawapannya. Dan jika kau tanyakan kepada aku, aku tidak akan bagitahu. Biar kau analisa sendiri dan putuskannya. Biar kau rasakan apa yang aku rasakan. Aku tidak berdendam cuma ini satu pelajaran dan peringatan tatkala kau berfikir untuk mengulanginya sekali lagi. Aku tidak lemah. Tidak seperti kamu yang memperkudakan aku demi kepentingan sendiri. Menjadikan aku hamba kepada permainan kau. Aku kini sudah merdeka. Dan kau masih di penjara. Dan di sudut itu. Kau akan mati dalam tembok yang kau bina sendiri. Aku akan menjadi saksi. Satu hari nanti.
Dan kau yang bernama masalah, kau tidak lagi menakutkan aku kerana aku tidak berpegang kepada nilai persahabatan yang kau persetankan. Aku adalah perempuan yang kau tidak patut perlekehkan. Tiada lagi istilah kawan antara kita berdua.
Separuh beban aku hilang tatkala ini sampai ke penghabisannya. Kawan bukan kawan bila kau dipergunakan. Ingat. Jika kau di tempat aku yang dahulu, majulah kerana kau berhak menerima lebih baik dari persahabatan yang penuh dengan kepura-puraan.


4 wings:
babe kanser?
huh?
naz apakah?
xdalah..
kan i citer masalah pasal kawan..
erm?
tetiba kanser apalak
sabar k xuen..
ko hanya perlu itu...
masa!
sabar ye!hidup itu sedih dan gembira..
Post a Comment